Saturday, September 12, 2009

Menjelang Syawal

Kesian Hakim.. dia tak berapa sihat hari ni... tu nampak macam "lunyai" je.
Sedar tak sedar dah hampir penghujung Ramadhan masa berlalu. Cukup cepat aku rasa masa berlalu tahun ni. Next week dah masuk Syawal. Dalam kita menikmati kemuliaan Ramadhan ada juga perkara2 yang aku tak suka berlaku contohnya:


1. H1N1 - masih lagi belum dapat dibendung sepenuhnya. Kesian kat ibu bapa yang anak mereka terkorban. Suami yang kehilangan isteri. Anak yang menangisi pemergian bapa. Teman yang ketiadaan sahabat.
2. Ganyang Malaysia - apa la Indons ni... bagi aku diorg ni senang sangat terpengaruh dengan media di sana. Apasal la diorang nak gaduh-gaduh dgn Malaysians padahal dah memang sama keturunan Jawa, Banjar, Acheh, Minang, Boyan dsb. Lagi pulak sedara seagama. Yang banyak kes pecah umah, merompak, bunuh kat sini org diorang jugak.
3. Netbook aku "kong" - Tah apa tetiba je dia shutdown pastu langsung tak boleh nak run OS. Hantar pegi service centre kena reformat. Habis semua data hilang. Sib baik not so important.
4. Aktiviti sale kurang - bulan puasa produktiviti utk P.Mutual kurang la sikit but manage to close 14k so far. Next month kena kerja kuat lagi.
Ada gak benda yang menyenangkan:
1. Dapat puasa penuh so far tanpa serangan gastrik - tau-tau la perut aku ni. Silap sikit je kena gastrik teruk sampai kena masuk wad. Setakat ni Alhamdulillah.
2. Dah bayar Zakat fitrah - baru je bayar tadi sblm solat Jumaat.
3. Baju raya anak-anak dah ready - Baju melayu Haikal & Hakim adik ipar aku belikan. Thanx a lot Pian. Baju jalan diorang dah aku belikan. Nana & Nani (Atuk & Nenek) diorang pun ada belikan baju jugak.
4. Man United kalahkan Arsenal - Sure aku suka punya kalau team kesayangan aku ni menang. Dengan Arsenal pulak tu.
5. England menang ngan Croatia & layak ke Piala Dunia tahun depan - England Humilate Croatia 5-1.
6. Dapat cuti panjang Sempena Aidilfitri - Aku ikut boss aku cuti. Dia cuti seminggu aku pun seminggu la jugak.
7. Dapat add kawan lama aku dalam Facebook - dah betahun aku lost contact dian kawan aku ni since sblm kawin. At last terjumpa dlm FB

Wednesday, August 26, 2009

My Lil Princess

My baby girl ni dah pandai dah nak main. Siap ketawa besar lagi. Skg ni dia dah nak masuk 5 bulan. Dah pandai pusing badan meniarap dah....... Selamat berpuasa

Tuesday, July 21, 2009

Taman Pertanian Malaysia











Haa... you all ingat lagi dengan Taman Pertanian Malaysia, Bukit Cerakah Shah Alam? Dulu masa zaman memula pembukaan taman ni cukup gah sebagai salah satu 'must visit place' kalau buat rombongan ke atau lawatan sambil belajar kat klang valley ni. Aku ingat lagi masa zaman sekolah dulu (Izzuddin Shah, Ipoh) tak sah kalau tak pegi Bukit Cerakah selain Masjid Negara atau Masjid Shah Alam, Sogo, Chow Kit Road dan Muzium Negara. Aku ingat taman ni dah macam hidup segan mati tak mau pasal takde apa-apa promo ke berita ke pasal taman. Yang ada pun dalam berita pasal kawasan berhampiran yang dah gondol dikerjakan oleh orang-orang yang rakus mencari kekayaan dengan cara yang senang (Housing project la, apa lagi. Dulu Shah Alam banyak kawasan yang masih hijau. Sekarang ni tengok sana sini projek, projek, projek).

So last Sunday aku bawak la Haikal & Hakim pegi Taman Pertanian Malaysia atau sekarang dah tukar kepada Taman Botani. Punya la ramai manusia. Kebanyakan yang masuk untuk jogging dan ada jugak yang buat group outing. Facilities kat dalam taman ni pun rerupanya ada macam-macam. Selain dia punya main attraction, Four Seasons House atau Rumah Empat Musim (Spring, Summer, Fall, Winter) ada jugak kemudahan nak buat function macam kenduri kat Perkampungan Budaya, ada rumah penginapan (Rumah Perak, Rumah Kelantan, Rumah N9 etc), ada swimming pool, ada paintball arena, ada kolam memancing. Aku rasa kalau betul-betul promotion sure booming balik taman ni...

Saturday, July 18, 2009

Transformers


Last Monday me, my wife, Haikal & Hakim went to Alamanda for movie session. Haikal la yg sibuk tanya bila nak tengok Transformers because some of his kindergarden's friens had already watched this movie. Tu la bila dia dah mula bekawan. Apa yg kawan dia ada, dia pun nak. Kawan dia ada beli stationary Ben-10 dia pun nak. Ada bag Spiderman dia pun nak beli. Tengok Transformers dia pun ajak papa ngan mama dia tengok. So kena la bawak. Terpaksa aku ambik cuti hari Isnin itu hari. Sempat la jugak aku singgah UNITEN to close 2 cases. At least cuti pun aku ada sale.
Masa start movie bukan main excited dua2 rang ni. Hakim punya la bising nak bercerita. Half way movie Hakim dah start "tido oyang-oyang". Tido style dia tu la macam video clip yang aku post title My Sleepy Child. Kena la pangku dia pulak. Dah lenguh2 kaki aku masa tu. Bila Hakim dah bangun Haikal pulak start tido. Hish apa la anak papa ni. Tadi bukan beria nak tengok movie. Alih2 mama ngan papa dia jugak yang tengok.
Citer dia from start until finish full of action. Ada la jugak selit2 ngan romantic scene between hero ngan heroin Megan Fox (so damned hot in this movie). Pastu ada jugak new robots from autobots side as well as megatron side such as blackbird, twin ice cream van robots, huge metal sucker robot, audi TT robot ect. Movie ni lebih kurang 2 jam lebih. Start kul 2.30pm habis dekat2 kul 5.00pm. Kalau korang memang action movie fan, this movie is recommended. Kalau bawak anak2 sure diorang pun suka macam anak aku........

Thursday, July 16, 2009

My Sale

This month I've started doing sale. In total I've closed 27k sales. So ada la sikit commision for next month. Most of them are EPF investors. Satu advantage EPF ni tak payah nak bawak kuar duit. Just sign form and the transaction will be from EPF to Public Mutual. Hope next month my sale will more. Kena kerja keras sikit. After attended many trainings (still not enuff) my level of confident is increase and product knowledge byk jugak. Kalau buat presentation kat client pun dah tak lama. Ada tu aku just keluarkan form je suruh diorang sign. Dah senang sikit la skg bila jumpa client. This Saturday pun Insya Allah dah dapat satu appointment. Businessman pulak. Mintak2 dapat close.
Yesterday night I've attended a training at Raymond Chan Agency presented by Mr. Yeoh, a EPF sale king. He was a Sales Manager and now he is doing full time. He is lazy full timer as he told us but he still doing very well in the business just in 2 years after join in.

Sunday, July 12, 2009

Internet

My lovely lil princess Nurul Ayeesha. Sekarang dah 3 bulan.

Semalam umah aku dah start boleh guna internet... pakai streamyx je tapi satu bagus boleh pakai wifi.... so aku boleh surf internet kat memana je dlm umah aku ni & tak payah la nak berebut ngan wife kalau nak surfing. Sorang boleh guna desktop sorang lagi boleh guna netbook... Netbook? Tu la.. semalam pegi mutiara beli satu netbook... ala notebook yang kecik tu... for surfing purpose ngan boleh la buat keje sikit....

Thursday, June 18, 2009

Updates...


It was a month ago since my last post. The internet line is the only setback that hindered me to update my blog. Lot of activities had happened. Kenduri cukur jambul Nurul Ayeesha was held in my hometown on 30th Mei. I want to post the photos & video but because of the above problem, I cancelled it. My photoshoots already been posted (malay lifestyle project). Can see it at http://www.inmagine.com/searchterms/malay_lifestyle.html


Aku pun dah mula buat sale untuk Public Mutual. Ada la sikit rezeki. Really enjoy doing public mutual. Most important thing i'm helping people to be rich. If other people can be rich, so do you.


Tuesday, May 12, 2009

Arghh.. Kenapa

Kenapa la internet line kat opis ni lembap sangat plus "error on page". Aku nak bukak satu page bercinta....

Sunday, May 3, 2009

Haa..haaa.. my sleepy child


My son, Hakim was very sleepy. Punya la susah aku nak suruh dia tido. Dia takut kena tinggal bila dia tido. He keeps tahan dia punya mata until dia dah tak boleh tahan. Sempat gak aku videoshoot using my N95. I've showed to my in laws, gelak tak ingat diorang. Kalau masuk funniest home video sure sampai final ni.

I've just finished my last paper (principle of public administration) yesterday. Lega dah abis exam. Skg ni dah start semester break. So, aku boleh concentrate kat Public Mutual lak lepas ni. Last wednesday ada inmagine photoshoot kat umah Pakcik Aziz in Kg. Baru. Me and the other talent, Neurul from deballz involved. Plus lagi 2 children, Afizul & Hazelin from other agency. Penat satu badan rupanya. For further story of the photoshoot, kindly visit http://deballz.blogspot.com

Wednesday, April 22, 2009

When Boss Is Not Around

Today my boss is out of town for 3 days. Bit boring dan tak ada keje. Kalau dia ada aku pulak rasa uncomfortable. Aku punya boss ni serious person tak macam my previous boss. Orang lain kata boss aku ni kuat protokol & garang. Aku rasa dia okay walaupun garang. Orang lain mungkin diorang tak direct kerja bawah dia tak macam aku. He is still in the learning process with new working environment. Banyak benda yang dia nak tahu dan belajar cepat memandangkan dia punya post ni kira hot seat la jugak. Anyway life must go on. Whoever comes and goes, I have to adjust. Datang la boss garang macam singa ke, boss klaka macam raja lawak ke, paling lama diorang kat sini 2 tahun je. Memang post tu tak boleh sandang lama-lama.

This Friday aku dah start exam. Baru nak bukak buku hari ni. Kat umah pun takde masa nak baca buku. Melayan aku punya anak-anak and new baby. So since boss aku takde boleh la aku study kat opis. Next week aku ada photoshoot dengan Inmagine. This is my first paid job as a part time model. Thanx Syazlin and Harris for promoting me. Kalau ada job lagi tu jangan lupa promote aku lagi. Nanti aku blanja korang makan nasi bryani lagi :)

This Friday jugak aku ada appointment with Datin Zahidah Public Mutual. Aku dah decide nak buat part time jadi Unit Trust Agent. Apa kerja yang boleh buat duit aku buat (yang halal la). Aku nak develop aku punya marketing skill. Aku sebenarnya minat buat sale & bisnes ni tapi sebab dalam family aku takde sorang pun yang mencebur diri dalam bisnes ke, marketing ke, even my in laws pun takde, tu yang minat terkubur macam tu je sebelum ni. So this is my third times cuba mulakan bisnes. Harap-harap ni boleh last longer and can support my financial. Amin.

Tuesday, April 21, 2009

Let's Start

Ini my new baby. Girl. Nama dia Nurul Ayeesha. Aku ngan wife memang harap betul dapat babygirl pasal dah ada 2 putera. Alhamdulillah termakbul juga hajat. Lahir pada 7 April 2009 di HUKM. Million of thank you to the doctors and nurses who took care of my wife and baby at Wad Delima. Tak lupa jugak kat Prof. Hashim for the consultation and operation while my wife given birth.

This is my family. My wife and kids named Haikal and Hakim. Haikal tahun ni 5 tahun Hakim pulak 2 tahun. Kiranya dah 6 tahun la aku kahwin ngan buah hati aku ni. Nama dia... tak payah tahu la.




It's My Time - for the beginner

I've decided to have a blog so that I can express my feeling, my anger, my dissatifaction, my happiness etc. Aku ada gak baca blog yang lain especially Che Det (our beloved ex PM) and I found it a lot of info. I like Che Det punya pemikiran kritis dan idea-idea dia dan rasa terhutang budi dengan jasa-jasa beliau masa jadi PM.

So... dah selalu baca orang lain punya blog, tu yang buat aku berkobar-kobar nak create blog sendiri pulak... adios..