Saturday, September 12, 2009

Menjelang Syawal

Kesian Hakim.. dia tak berapa sihat hari ni... tu nampak macam "lunyai" je.
Sedar tak sedar dah hampir penghujung Ramadhan masa berlalu. Cukup cepat aku rasa masa berlalu tahun ni. Next week dah masuk Syawal. Dalam kita menikmati kemuliaan Ramadhan ada juga perkara2 yang aku tak suka berlaku contohnya:


1. H1N1 - masih lagi belum dapat dibendung sepenuhnya. Kesian kat ibu bapa yang anak mereka terkorban. Suami yang kehilangan isteri. Anak yang menangisi pemergian bapa. Teman yang ketiadaan sahabat.
2. Ganyang Malaysia - apa la Indons ni... bagi aku diorg ni senang sangat terpengaruh dengan media di sana. Apasal la diorang nak gaduh-gaduh dgn Malaysians padahal dah memang sama keturunan Jawa, Banjar, Acheh, Minang, Boyan dsb. Lagi pulak sedara seagama. Yang banyak kes pecah umah, merompak, bunuh kat sini org diorang jugak.
3. Netbook aku "kong" - Tah apa tetiba je dia shutdown pastu langsung tak boleh nak run OS. Hantar pegi service centre kena reformat. Habis semua data hilang. Sib baik not so important.
4. Aktiviti sale kurang - bulan puasa produktiviti utk P.Mutual kurang la sikit but manage to close 14k so far. Next month kena kerja kuat lagi.
Ada gak benda yang menyenangkan:
1. Dapat puasa penuh so far tanpa serangan gastrik - tau-tau la perut aku ni. Silap sikit je kena gastrik teruk sampai kena masuk wad. Setakat ni Alhamdulillah.
2. Dah bayar Zakat fitrah - baru je bayar tadi sblm solat Jumaat.
3. Baju raya anak-anak dah ready - Baju melayu Haikal & Hakim adik ipar aku belikan. Thanx a lot Pian. Baju jalan diorang dah aku belikan. Nana & Nani (Atuk & Nenek) diorang pun ada belikan baju jugak.
4. Man United kalahkan Arsenal - Sure aku suka punya kalau team kesayangan aku ni menang. Dengan Arsenal pulak tu.
5. England menang ngan Croatia & layak ke Piala Dunia tahun depan - England Humilate Croatia 5-1.
6. Dapat cuti panjang Sempena Aidilfitri - Aku ikut boss aku cuti. Dia cuti seminggu aku pun seminggu la jugak.
7. Dapat add kawan lama aku dalam Facebook - dah betahun aku lost contact dian kawan aku ni since sblm kawin. At last terjumpa dlm FB